Saya terbaca perbincangan ini dan terasa ingin menyumbang idea, walaupun dihujung tahun 2008. Tapi untuk persediaan 2009 dan renungan diwaktu cuti panjang nanti…moleklah difikir-fikirkan. Bagi saya yang tak pandai BA seperti antum berasa amat kagum dengan kebolehan dan keilmuan yg ada pada antum semua. Rasanya jika diadun ilmu dan disusun strategi dan kaedah yg sesuai dgn jiwa antum dan menarik minat murid … pasti antum mampu memberi sumbangan yg amat besar pd perkembangan BA dan Islam itu sendiri. Maka sudah tentu terasa kepuasan dalam bertugas. Cumanya janganlah terlalu mengharapkan suatu pencapaian yg terbaik dlm jangkamasa yg pendek. Beri harapan pd anak murid dan nyatakan kepercayaan anda pd kebolehan mereka…. pasti ada hasilnya.
Banyak atau sedikit bilangan kita bergantung pd kualiti usaha dan hasilnya. Umum hanya mahu melihat hasilnya, bukan masalah dan karenahnya, kerana mengatasi masalah dan melerai karenah itu adalah tugas kita, Jika dilihat kekuatan ada pd yg sedikit, maka kelemahan perlu mendapat bantuan yg kuat dan yg kuat pula sedia memberi dan menyumbang supaya kerja menjadi sama ringan. Kalau kita melihat rakan lemah dan longlai, berilah (jgn tunggu disuruh) sumbangan kekuatan pdnya. Mungkin dia boleh menjadi anak murid tua kita. diharapkan berkat doa, kesungguhan dan keperihatinan kita dia akan menjadi lebih kuat dari diri kita sendiri. Tapi perlu ikhlas dan bijaksana supaya tidak ada yg terasa, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak relai. Yg maha penting anak murid tidak menjadi mangsa kelemahan semangat dan kealpaan tanggungjawab yg terpikul di atas bahu kita. Saya sentiasa mendoakan antum diberi kekuatan tenaga dan strategi P&P dan semangat yg berterusan oleh ALLAH . Apa yg dapat saya simpulkan dan perlu diberi penekanan oleh antum ialah;
1. Kekuatan semangat bekerja ( bukan bersemangat ) untuk memartabatkan Bahasa Arab pd anak watan
2. Keinsafan dan kesyukuran terhadap nikmat dan anugerah Allah pd diri setiap dr kita
3. Keikhlasan dan kesungguhan dalam menjalankan tugas harian
4. Melihat peluang kekuatan yg ada pd diri dan anak murid sebagai batu loncatan
5. menghurai dan mencairkan segala masalah yg menghalang proses p&p murid
6. membina keyakinan diri dan murid utk mencapai tahap maksimum sukatan
7. mencari jalan, membuat unjuran, melihat peluang dan istiqamah dapat mengalang rasa jemu dan patah semangat.
Rasanya disini dulu contengan saya yg tak seberapa, jika tak molek semua jgn dibuang semua. Renung-renungkanlah. Rancanglah supaya j-QAF Tanpa Gagal. Maaf kalau terganggu emosi....
Selamat bercuti panjang bersama keluarga tersayang. Terasa seronok bila terkenangkan saat-saat ini seperti itu ketikaku menjadi seperti antum. Semuanya menjadi nostalgia dan kenangan masa silam yang tak terperi indahnya. Sekali lagi….cuti! cuti! Malaysia!