Salam,
Soalan tice ni bolehlah dikategorikan bab ‘barang yang dijumpai’ di dalam hukum fekah. Sekiranya kita melihat kepada kaedah yang ditunjukkan di dalam bab tersebut, bolehlah kita simpulkan bahawa, hikmah kepada kaedah tersebut ialah;
- Untuk mencari siapakah tuan punya barang tersebut dengan diberikan jarak masa yang ditetapkan
- Untuk mengelak orang yang menjumpai barang-barang tersebut dengan sewenang-wenangnya mengambil barang tersebut dan dijadikan miliknya.
Berkenaan wang yang dijumpai di sekolah, ini adalah perkara yang terlalu biasa. Kita boleh bertanyakan kepada murid adakah di kalangan mereka yang kehilangan wang. Kita berikan jarak masa untuk mereka menuntut wang tersebut. Kita maklumkan kepada mereka, bagi wang yang tidak dituntut, kita akan masukkan ke dalam tabung dan akan digunakan untuk tujuan kebajikan yang lain.
Langkah ini adalah biasa. Namun, perlu kita hebahkan kepada orang lain bagaimanakah cara kita menguruskan wang tersebut dan memberi jaminan bahawa wang yang dijumpai itu akan uruskan dengan sewajarnya.
Wallahuaklam