Saya masih ingat, bagaimana saya terjun ke dunia internet. Suatu masa dahulu saya hanya menggunakan emel di hotmail atau yahoo sekali sekali menggunakan MIRC dan Yahoo Mesengger untuk chating. Kemudian timbul rasa jemu.
Internet sangat luas dan bermanfaat jika digunakan dengan cara yang betul. Jika sebaliknya tentulah sebaliknya juga.
Saya memulakan penulisan online sejak jun 2002. Pada masa itu pengetahuan saya tentang aplikasi windows sangat terhad. Kemudian saya membeli PC sendiri dan diberi nama JASA. Menerusi PC itu saya jadi sangat berminat belajar tentang komputer sama ada hardware mahupun software kemudian tentang internet pula.
Saya terfikir-fikir sendiri, semasa saya dalam dunia kemahasiswaan dulu ada sebahagian rakan mahasiswa yang menganggap internet adalah benda lagho. benda tanpa manfaat dan faedah. Akhirnya mereka yang berkata begitu dan yang terasuk dengan perkara itu menjauhi dunia maya internet dan membencinya. Kata mereka... internet lagho dan sia-sia jadi tidak penting untuk mempelajari internet.
Saya sendiri mengakui sangat terbatas ilmu sains komputer dan ICT ini. Tetapi saya beruntung. Kalau dahulu saya menjauhi internet dan komputer mungkin sekarang saya akan jadi buta kepada teknologi itu.
Saya Akhirnya memilih untuk menjadi guru, walaupun ada jawatan lain yang datang. Saya sangat mahukan kerjaya ini kerana dengannya saya akan mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang saya dapat ditambah pengalaman yang sentiasa bertambah. Saya tidak kekok untuk meneruskan apa yang saya mahu. Saya ada sedikit ilmu tentang aplikasi komputer dan internet. Ini memungkinkan saya untuk terus belajar mengenainya.
Tentang orang lain saya tidak tahu. Kalau orang itu tidap tahu saya sedia ajarkan. Yang penting mereka mahu.
Terdekat kita (baca guru-guru j-QAF) akan mengisi data pula.... kemudian adalah sesetengah guru kita akan berkata begini: "Eh, kami tak pandai komputer tak reti nak isi... us/ust ??? isilah. Kami tak pandai."
Dan panduan yang hendak diberikan pun tiada apa-apa makna lagi jika dari mula sudah mengaku tidak pandai.
Di sini kita boleh berkongsi. Belajar dan bertanya kepada yang tahu. Wa Allahu a'lam.