Salam,
Sekadar pandangan je ni:
Pertama: cuba kita cek tengok, guru-guru sama guru-guru terutamanya yang ustaz dan ustazah ni la ada tak cakap arab sama ada dalam kelas atau luar kelas?
Kedua: cuba kita cek berapa peratus kita mengajar guna bahasa arab di kelas?
ketiga: cuba cek tahap pembelajaran murid.
keempat: cek juga berapa kalimat yang murid-murid dah hafal dan ingat maknanya?
kelima: cuba kaji tengok 2 waktu seminggu untuk 1 kelas, logik ke nak dpat cakap arab di luar kelas? dalam kelas pun belum tentu.
keenam: ada tak ada kita buat kajian tentang kemampuan murid menerima subjek BA ni dalam 6 tahun depa belajar depa dapat apa? jangan kira silibus kalau silibus pun kita tak mampu nak habiskan
ketujuh: apa dia aktiviti luar darjah berbentuk bimbingan intensif bahasa arab kita dah buat? kalau harap kelas dahlah 2 waktu je...
kelapan: berapa kerap kita buat aktiviti hiwar semasa P&P atau yang banyaknya kepada kemahiran yang tidak melibatkan pertuturan?
kesembila: kita sendiri bagaimana? boleh ke tidak beri ucapan dalam bahasa arab di perhimpunan sekolah sekurang2nya 5 minit setiap minggu supaya murid boleh dapat semangat dr kemampuan kita.
kesepuluh: boleh tak kita pastikan semua ustaz ustazah pun cakap arab juga.
kalau boleh.... memang kita akan berjaya.
try la...
aku gagal dah. ni nak cuba pulak tak tahu bila... hahaha