Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
IndeksGalleryPencarianLatest imagesPendaftaranLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Wakil dari isteri. Jqaf PI Dari Shah Alam selangor mahu ke grik, perak.
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeWed 13 Aug 2014, 1:25 pm by ilah81

» anda ke setapak saya ke kulim
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeWed 21 May 2014, 5:22 pm by ainmalik

» ANDA KE KL SAYA KE KEDAH
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeWed 21 May 2014, 5:21 pm by ainmalik

» bukit mertajam ke gombak/kl
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeWed 21 May 2014, 5:20 pm by ainmalik

» PART TIME PENGGUNA PREPAID TUNE TALK DIPERLUKAN
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeWed 09 Apr 2014, 3:40 pm by ASBN

» CITREX OATIMAX 20mg COQ10 3.5g OAT BETA-GLUKAN
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeFri 03 Jan 2014, 7:41 pm by vertebra80

» EKONOPEK EXAMO (EXAMO CKM 500 - 450 BIJI & EXAMO CKM 500 PLUS - 28 BIJI)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeFri 03 Jan 2014, 7:40 pm by vertebra80

» JUS BUAHAN SIHAT SUNNAH
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeFri 03 Jan 2014, 7:40 pm by vertebra80

» URINEX (Untuk Batu Karang & Kencing Tak Lawas)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeFri 03 Jan 2014, 7:39 pm by vertebra80

Top posters
jQAF.SKHosba (108)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcapKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Voting_barKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap 
ntahapa2ntah (102)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcapKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Voting_barKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap 
akhimizi (93)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcapKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Voting_barKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap 
Admin (59)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcapKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Voting_barKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap 
alfatoni (59)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcapKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Voting_barKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap 
Abdul Somad (35)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcapKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Voting_barKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap 
tice (31)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcapKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Voting_barKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap 
sppim (23)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcapKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Voting_barKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap 
beta (22)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcapKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Voting_barKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap 
jQAF.SKSiputeh (21)
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcapKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Voting_barKERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap 
Poll
Forum Menarik?
Ya, Sangat Menarik
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcap35%KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap
 35% [ 51 ]
Ya, Menarik
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcap24%KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap
 24% [ 35 ]
Sederhana Menarik
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcap9%KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap
 9% [ 13 ]
Tidak, Tidak Menarik
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcap7%KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap
 7% [ 10 ]
Tidak, Langsung Tidak Menarik
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_lcap26%KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Vote_rcap
 26% [ 38 ]
Total Suara : 147
Navigation
 Portal
 Indeks
 Anggota
 Profil
 FAQ
 Pencarian

 

 KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN

Go down 
3 posters
PengirimMessage
akhimizi

akhimizi


Jumlah posting : 93
Age : 43
Lokasi : Pulau Langkawi
Registration date : 21.02.08

KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Empty
PostSubyek: KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN   KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeSun 15 Jun 2008, 4:30 pm

Assalamualaikum warahmatullah...

Saya ingin berkongsi maklumat dan bahan berkaitan KELAQ atau Kem Literasi Al-Quran yang kami laksanakan di sekolah kami. Kem Literasi Al-Quran di sekolah kami dinamakan sebagai Kem Intervensi Literasi Al-Quran.

Jika sesuai untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah lain di seluruh Negeri Kedah, dipersilakan. Panduan asal adalah daripada kertas kerja KLAQ yang disediakan oleh JAPIM. Siri 1 telah dilaksanakan dan terbukti ada peningkatan walaupun tak banyak. Siri seterusnya dalam proses. Setelah dimoderasi maka jadilah begini:

UNIT j-QAF, PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MATSIRAT,
07100 LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS PANDUAN PELAKSANAAN
KEM INTERVENSI LITERASI AL-QURAN
UNIT j-QAF SKPM 2008


1. Nama Program

Kem Intervensi Literasi Al-Quran

2. Konsep

Kem Intervensi Literasi Al-Quran merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan kaedah Iqra’ kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dengan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.

3. Rasional

Matlamat Kem Intervensi Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan murid-murid program j-QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra’ 1 hingga 3 supaya dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap bacaan Iqra’ 4 seterusnya meneruskan bacaan selanjutnya. Murid-murid yang lambat menguasai Iqra’ dikhuatiri gagal mengikuti Kelas Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam sekiranya tidak dilaksanakan kem ini melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan meningkatkan tahap dan kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.

4. Kumpulan Sasaran

Semua murid beragama Islam yang mengikuti Program j-QAF dan masih di tahap bacaan Iqra 1,2 dan 3.

5. Tenaga Pembimbing

Semua Guru j-QAF yang merupakan pembimbing Tasmik. Guru-guru Pendidikan Islam yang lain turut digalakkan membantu pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran. Murid turus boleh digunakan sekiranya perlu.



6. Strategi Pelaksanaan

6.1 Tempoh Pelaksanaan

Kem Intervensi Literasi Al-Quran dicadangkan dilaksanaakan 16 jam iaitu setiap 1 jam sebelum/selepas waktu Tasmik. 10 Jam dicadangkan untuk Buku Iqra’ 1 dan 2 manakala 6 jam untuk Buku Iqra’ 3 Kem ini dicadangkan dilaksanakan sebanyak 3 siri seperti jadual di bawah:


BIL TAHUN KEM 1 KEM 2 KEM 3 CATATAN
1 Tahun 1 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
2 Tahun 2 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
3 Tahun 3 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
4 Tahun 4 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt

6.2 Jawatankuasa Pelaksana

Jawatankuasa Pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran adalah seperti berikut:

Penasihat : Guru Besar
Pengerusi : Penolong Kanan 1
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Setiausaha : Pengerusi j-QAF/Ketua Panitia Pendidikan Islam
Pen. Setiausaha : Ust. Khairul Nisak Binti Abdullah (Penyelaras Tasmik)
Penyelaras : Us. Ahmad Tarmizi Bin Ismail (Guru j-QAF)
Pen. Penyelaras : Us. Bashir Auni Bin Md. Akhir (Guru j-QAF)
AJK : Semua Guru j-QAF dan GPI

6.3 Aliran Kerja Pelaksanaan

BIL PERKARA CATATAN
1 Pelantikan Pembimbing KLAQ
2 Mesyuarat JK Pelaksana KLAQ
3 Pemilihan Murid KLAQ
4 Pelaksanaan KILAQ
5 Penyediaan Rekod
6 Penyediaan Analisa
7 Penyediaan Pelaporan & Dokumentasi
8 Mesyuarat Post-Mortem Kaji Kekuatan dan Kelemahan Pasca Kem untuk Kem berikutnya

6.4 Modul Pelaksanaan
Modul pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran MODUL INOVASI IQRA’:

BUKU MUKASURAT BIL MS
BUKU IQRA' 1 3, 6, 9, 12, 15, 19, 21, 25 dan 30 09
BUKU IQRA' 2 1, 4, 5, 6, 8, 10, 14, 17, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 3 1, 2, 3, 6 ,8, 10,14, 18, 19, 22, 25 dan 30 12
BUKU IQRA' 4 3, 5, 7, 9, 11, 14, 16, 18, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 5 1, 3, 6, 7, 9, 10, 11, 12, 15, 18, 20, 22, 25, 28 dan 30 15
BUKU IQRA' 6 1, 6, 7, 11, 15, 19, 22, 23, 25, 27 10
JUMLAH 68
Catatan:
1. Muka surat modul ini hendaklah merujuk kepada buku Iqra’ yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Semua peserta hendaklah sekurang-kurangnya melepasi Iqra’ 4.
3. Peserta yang melepasi Iqra’ 4 hendaklah diteruskan pencapaian sehingga Iqra’ 6
4. LDK peserta bermula daripada tahap bacaan masing-masing sebelum kem (muka surat semasa murid). Guru meneruskan bimbingan mengikut modul yang disediakan.

6.5 Rekod dan Pelaporan

Pihak JK Kem Intervensi Literasi Al-Quran perlu menggunakan borang rekod pencapaian Iqra’ yang disediakan untuk tujuan merekodkan bacaan murid. Semua rekod bacaan hendaklah dikemaskini dan disimpan dalam fail khas Kem Literasi Intervensi Al-Quran untuk tujuan rujukan. Analisa Pencapaian hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Kem Intervensi Literasi Al-Quran selepas tamat tempoh pelaksanaan dan sekiranya diperlukan. Penyelaras Kem Intervensi Literasi Al-Quran hendaklah menyediakan Laporan dan Analisa yang dikehendaki oleh PPD/JPN dengan mengisi borang yang dicadangkan.

7. Penutup

Adalah menjadi harapan agar pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran ini akan berjaya. Dengan penglibatan semua guru tidak mustahil apa yang hendak dicapai akan mampu dicapai. Bak kata pepatah “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.”

“j-QAF SKPM GEMILANG TERBILANG”

Disediakan oleh,

……………………………………………….
(NAMA GURU j-QAF)
Penyelaras Kem Intervensi Literasi Al-Quran
SK Padang Matsirat, Langkawi.



Siapa-siapa berminat untuk dapatkan yang asal... sila emel kepada saya. myakhimizi@yahoo.com atau sms ke no: 019-5785596
Kembali Ke Atas Go down
http://e-jazirah.bravehost.com
sppim




Jumlah posting : 23
Registration date : 10.06.08

KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Empty
PostSubyek: Re: KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN   KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeSun 15 Jun 2008, 8:11 pm

syukran akh mizi atas daya usaha anta. Moga Allah memberi ganjaran yang setimpal, apatah lagi dapat anak yang comel. Lupa nak tanya anak nama apa? Bila nak buat aqiqah, teringin nak makan daging kambing.
Kembali Ke Atas Go down
akhimizi

akhimizi


Jumlah posting : 93
Age : 43
Lokasi : Pulau Langkawi
Registration date : 21.02.08

KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Empty
PostSubyek: ANAK COMEL DAN 'AQIQAH   KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeMon 16 Jun 2008, 3:29 pm

SALAM SPPIM...

amboi sapa tah sppim ni. Mana le dapat tahu anak ana comel? haha... memanglah comel, baby mana tak comel kan.

Alhamdulillah... sebenarnya kami dah buat kenduri kesyukuran masa cukur rambut lepas 2 minggu lahir. aqiqah saja yang belum buat maklumlah bajet kurang. tapi apapun insyaAllah nanti akan buat juga akikah sama ada cepat atau lambat saja.

Nama diberi sejak hari pertama lahir Ahmad Naufal Alwafi bin Ahmad Tarmizi. Mungkin nama ini agak panjang tetapi tak mengapa sebab harus memanggil dengan ringkas nama bersandarkan "hadis susu" riwayat Abu Hurairah di mana Nabi Muhammad telah memanggilnya dengan Abu Hirr. Jadi kami memanggil anak itu dengan salah satu dari tiga nama atau dua dari tiganya.

Terima kasih di atas ingatan.

SPPIM ni siapa?

Wassalam.
Kembali Ke Atas Go down
http://e-jazirah.bravehost.com
omashi123




Jumlah posting : 1
Registration date : 29.12.11

KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Empty
PostSubyek: russian   KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitimeThu 29 Dec 2011, 11:49 pm

A married static parrots russian against the breach. Russian breaks in a bullet. The spoof snacks beside russian. An expert resistance postpones the spy. Russian gasps without a manufacturer.
Kembali Ke Atas Go down
http://www.juicelow.info
Sponsored content





KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Empty
PostSubyek: Re: KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN   KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
KERTAS PANDUAN KEM LITERASI AL-QURAN
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» ***** HANGAT! Panduan Temuduga KPLI-SR j-QAF *****
» quran tiada
» KHATAM AL-QURAN
» Majlis Khatam Al-Quran
» MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah :: Anda Bertanya, Pen Pengarah Kanan j-QAF JPN Kedah Menjawab :: Permasalahan Mengenai Kem Literasi Al-Quran-
Navigasi: