Waalaikumussalam..
Soalan tice ni kalau boleh dijawab dengan ayat pendek, memadailah dengan dijawab, “OK KAWAN TICE TU. NO PROBLEM”. Maksudnya apa yg kawan tice buat tu dah betul. Belum selesai melakukan qadha, bukanlah halangan untuk tidak melakukan perkara sunat. Cuma, adalah songsang sekiranya di dalam hidupnya, dia sering melakukan amalan sunat tetapi meninggalkan yang wajib.
Takkan dia perlu meninggalkan amalan solat tahajjud dan solat duha dengan alasan dia belum selesai mengqadha yg wajib? Begitu juga solat sunat yg lain seperti sunat tasbih dan sunat terawih. Takkan solat terawih tahun ni perlu ditinggalkan dahulu kerana belum selesai mengqadha. Adakah tahun depan dah selesai mengqadha? Berapa tahun lagikah yang perlu dilakukan untuk mengqadha solat wajib tersebut? Dan adakah setelah selesai mengqadha solat wajib tersebut, kawan tice masih terasa lazat lagi untuk melakukan solat tahajjud dan duha?
Ringkasan dari semua ini, biarkanlah kawan tice tu. Semua orang tahu, iman manusia biasa ada naik turunnya.
Kadangkala kita terasa lapang untuk melakukan amalan. Kadang-kadang pula kita sibuk dengan urusan yang lain seperti sibuk dengan pekerjaan, urusan keluarga dan sebagainya. Jadi, tak salah kawan tice tu rebut masa lapangnya untuk melakukan tahajjud dan duha.
Paling kurang pun untuk menjawab kepada mereka-mereka yang mengata kepada kawan tice tu,”KALAU KITA BUAT AMALAN SUNAT SEDANGKAN KITA MASIH BELUM QADHA YG WAJIB, NATIJAHNYA TERBAHAGI KEPADA DUA. YG PERTAMA, AMALAN SUNAT ITU MENDAPAT PAHALA. YG KEDUA, AMALAN SUNAT ITU TIDAK MENDAPAT PAHALA. TETAPI SEKIRANYA TIDAK MELAKUKAN AMALAN SUNAT KETIKA ITU, SUDAH TENTU TERANG-TERANGAN TIDAK MENDAPAT PAHALA”.
Maafkan admin untuk jawapan yang meleret-leret ni. Tapi sesuai la agaknya bagi soalan yang meleret-leret. Hehe!
Maaf juga kerana lambat menjawab. Sibuk dengan tugas lain. Tetapi posting tice ni dah baca sehari selepas tice post dah. Kawan-kawan admin pun taknak tolong jawab sat :-)
Wallahuaklam.