Assalamualaikum warahmatullah...
Saya sudah menjadi guru j-QAF sejak ianya diperkenalkan. Tetapi sehingga kini saya tidak dapat menjawab pertanyaan kawan-kawan yang baru tentang sistem fail j-QAF yang paling tepat lantaran dalam kebanyakan sesi mesyuarat yang dihadiri di peringkat negeri saya sendiri tidak bertanyakan hal ini. Apa yang saya faham fail j-QAF mesti ada di setiap sekolah. Persoalannya fail yang macam mana?
Ada di kalangan kawan-kawan yang mengatakan fail putih. Ada yang kata fail kertas. Ada yang kata fail hitam berbalut dan macam-macam pendapat juga yang memeningkan kepala saja. Saya akhirnya cuba membangunkan satu sistem fail berdasarkan apa yang saya faham.
Dalam sistem Fail yang saya faham itu setakat lawatan pemantauan tiada yang komen negatif lagi. Mungkin agak hampir sempurna. Jadi bolehlah kiranya di sini saya berkongsi sistem fail Unit j-QAF di sekolah saya:
Dalam sistem fail sekolah saya di bahagikan kepada 8 Fail.
Fail 1: Fail induk
Fail 2: Fail Pemulihan Jawi
Fail 3: Fail Khatam al-Quran
Fail 4: Fail Tasmik
Fail 5: Fail Bahasa Arab dan PKSR BA
Fail 6: Fail Kem Bestari Solat
Fail 7: Fail Kewangan
Fail 8: Fail Bahan j-QAF atau Bahan Panitia
Sistem fail ini boleh dirujuk di laman web E-JAZIRAH Online: http://e-jazirah.bravehost.com atau e-jazirah.cjb.net
Sebarang kekurangan dan komentar boleh diemelkan kepada saya: myakhimizi@yahoo.com
Salam j-QAF