Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
IndeksGalleryPencarianLatest imagesPendaftaranLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Wakil dari isteri. Jqaf PI Dari Shah Alam selangor mahu ke grik, perak.
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeWed 13 Aug 2014, 1:25 pm by ilah81

» anda ke setapak saya ke kulim
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeWed 21 May 2014, 5:22 pm by ainmalik

» ANDA KE KL SAYA KE KEDAH
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeWed 21 May 2014, 5:21 pm by ainmalik

» bukit mertajam ke gombak/kl
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeWed 21 May 2014, 5:20 pm by ainmalik

» PART TIME PENGGUNA PREPAID TUNE TALK DIPERLUKAN
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeWed 09 Apr 2014, 3:40 pm by ASBN

» CITREX OATIMAX 20mg COQ10 3.5g OAT BETA-GLUKAN
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeFri 03 Jan 2014, 7:41 pm by vertebra80

» EKONOPEK EXAMO (EXAMO CKM 500 - 450 BIJI & EXAMO CKM 500 PLUS - 28 BIJI)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeFri 03 Jan 2014, 7:40 pm by vertebra80

» JUS BUAHAN SIHAT SUNNAH
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeFri 03 Jan 2014, 7:40 pm by vertebra80

» URINEX (Untuk Batu Karang & Kencing Tak Lawas)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeFri 03 Jan 2014, 7:39 pm by vertebra80

Top posters
jQAF.SKHosba (108)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcapRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Voting_barRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap 
ntahapa2ntah (102)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcapRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Voting_barRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap 
akhimizi (93)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcapRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Voting_barRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap 
Admin (59)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcapRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Voting_barRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap 
alfatoni (59)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcapRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Voting_barRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap 
Abdul Somad (35)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcapRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Voting_barRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap 
tice (31)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcapRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Voting_barRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap 
sppim (23)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcapRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Voting_barRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap 
beta (22)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcapRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Voting_barRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap 
jQAF.SKSiputeh (21)
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcapRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Voting_barRespon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap 
Poll
Forum Menarik?
Ya, Sangat Menarik
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcap35%Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap
 35% [ 51 ]
Ya, Menarik
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcap24%Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap
 24% [ 35 ]
Sederhana Menarik
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcap9%Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap
 9% [ 13 ]
Tidak, Tidak Menarik
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcap7%Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap
 7% [ 10 ]
Tidak, Langsung Tidak Menarik
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_lcap26%Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Vote_rcap
 26% [ 38 ]
Total Suara : 147
Navigation
 Portal
 Indeks
 Anggota
 Profil
 FAQ
 Pencarian

 

 Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah

Go down 
+4
sppim
akhimizi
jQAF.SKHosba
Abdul Somad
8 posters
PengirimMessage
Abdul Somad




Jumlah posting : 35
Registration date : 12.06.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeMon 28 Jul 2008, 1:58 am

Cuba.........memang kena cuba , kalau tak cuba masakan dapat mahunya.

Untuk nak bagi murid cakap Arab di luar bilik darjah saya cadangkan.......tapi kena buat sungguh-sungguh, berterusan, istiqamah.; jadikan satu hari dalam seminggu hari berbahasa Arab di sekolah. Adakan program seperti teka silang kata, jawab teka teki , cari harta karun berbahasa Arab dan banyak lagi seumpamanya ke arah berlumba untuk mendapatkan hadiah ( cari, catat idea dan susun strategi ). Siapa cepat dia dapat. Umum di siaraya pada yang berjaya. Mula dengan perkataan yang mudah , semakin lama semakin meningkat perkataan dan susunkatanya. Cari jalan supaya murid dapat mengumpul seberapa banyak vocab atau perbendaharaan kata dan istilah Arab yang boleh digunakan sertiap hari. Tebalkan muka berbahasa Arab dengan pelajar.....tapi sudah diajar dan diberitahu sbelumnya. Bagi hadiah diperhimpunan pada murid yang paling terkedepan, minggu sekali lagi pilih murid lain pula, aktifkan kelab B.Arab dan macam-macam sheikh! dengan syarat anta ada target dan tak mudah mengalah. Pasti ada caranya, ada jalannya. Seribu daya.....Hasilnya jauh ke depan, bukan buat minggu ni , minggu depan dapat hasil terbaik dah....tak mungkin. Kita dulu belajar pun tak sehebat murid sekarang, tapi antum semua boleh,gun akan kebolehan antum untuk membolehkan murid antum pulak. Kalau bukan antum ........... sapa lagi ? Saya amat komited antum pasti boleh. dengan syarat jangan cepat mengalah. Mulakan seminggu sekali di perhimpunan.... cerita tujuan dan target yang hebat supaya ia menjadi cabaran pada diri kita dan harapan sekolah, dan mencabar kemampuan diri kita ,kalau tak berjaya kita rasa sedikit malu....baru ada kesungguhan dan kita sentiasa mencari jalan untuk berjaya seperti kita dah banyak berusaha untuk menjayajayakan diri kita sendiri seperti hari ini.

Ini pandangan cetek dari saya yang tak seberapa.
Kembali Ke Atas Go down
jQAF.SKHosba

jQAF.SKHosba


Jumlah posting : 108
Lokasi : 06000 Jitra, Kedah
Registration date : 25.02.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Re: Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeMon 28 Jul 2008, 9:47 am

Menarik jugak mengenai cadangan sahabat kita yang memikirkan pasal budaya berbahasa arab di luar bilik darjah ni. Dan cadangan Pegawai Khas kita ni mmg bernas. Tapi kita buat 1 1. Nak cekau ke semua, ghebah kita syeikh! Kita mulakan dengan perbualan mudah di luar bilik darjah dulu. Macam kaifa haluka/haluki? Aina Taskunu/Taskunina? Nanti soalan ni boleh jugak guna utk PKSR. Fuh! Serampang banyak mata ni Laughing
Kembali Ke Atas Go down
http://www.jqafskh.blogspot.com
akhimizi

akhimizi


Jumlah posting : 93
Age : 43
Lokasi : Pulau Langkawi
Registration date : 21.02.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Re: Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeMon 28 Jul 2008, 1:41 pm

salam,

sebenarnya us somad banyak yang ustaz cerita tu saya dah cuba. tapi betullah kita kena istiqomah. saya setuju sangat dengan cadangan-cadangan ustaz tu. masalahnya sekarang ni, kita tak berjaya wujudkan biah itu.

saya ingat lagi... masa di sekolah menengah dulu guru-guru bahasa arab kami pun buat bulan BA. dalam bulan tu sapa cakap selain arab dan inggeris kena denda satu kalimah 50sen. gelabah juga masa tu. saya dah lah org susah bajet sikit. sebulan ayah bagi tak banyak mana. akhirnya semua budak2 jadi diam. tak banyak cakap. hahaha... selesai masalah bising dalam surau dan kelas.

tapi budak2 yang boleh berbahasa arab depa ni pula yang riyoh.

masalah kita la ni.... biah nak wujudkan suasana bahasa arab di luar kelas tu lagu mana? kawan kita tanya macam mana nak terap berbahasa arab di luar kelas, sebab dlm kelas pun fel.

kalau dalam kelas mantap, bawa luar kelas bertambahlah jaya.

masalahnya... cukup ka ngajar 2 waktu seminggu ni? sebulan 8 waktu, setahun 80 waktu (40 minggu p&p). tu pun kalau tak ada apa-apa halangan dari buat p&p. pengalaman kita, banyak juga hari-hari yang tak dapat mengajar sebab pun banyak. antaranya bertembung dengan program sekolah, cuti, periksa, aktiviti kokurikulum, guru kena hadiri mesyuarat, kursus, bengkel, dll menyebabkan p&p tu tak berjalan. tu tak kira masalah peribadi guru lagi macam masalah kesihatan dapat mc. hahaha

kalau fikir logik 40 jam waktu ba dalam setahun tu memanglah org tak akan percaya kalau budak tak dapat apa yg kita ajar, tapi yg selalunya terjadi budak-budak lupa. lupa depa ni nak salah sapa pulak? hahaha

sebenarnya kita boleh buat. aku pun tak pernah putus asa. sebab aku yg pilih jadi guru. buat apa nak fed-up. gaji bulan-bulan masuk. ngajar tak masuk adakah berkat? haha... so sama-sama bermuhasabah.

cadangan ustaz somad tu memang tepat, tapi buat masa ni belum sempat lagi. sekrang ni saya nak cuba buat projek saya sendiri. Kalau berjaya nanti saya akan cerita pada kawan-kawan. kalau tak berjaya.... anggap lah saya tak pernah berjanji.

Saya fikirkan masa depan BA di sekolah kebangsaan lagi dua tahun. Bila murid-murid tu dah darjah enam sekurang-kurangnya depa dapat ingat 700 perkataan. Boleh ke tak? kalau 2 wktu je seminggu..... sendiri mau fikirlah.

US SOMAD: TOLONG BACA RESPON SAYA PADA FORUM YANG DIKIRIM ALKHAWARIZMI, SYUKRAN.
Kembali Ke Atas Go down
http://e-jazirah.bravehost.com
sppim




Jumlah posting : 23
Registration date : 10.06.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Jgn Malu Ckp Arab   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeMon 28 Jul 2008, 9:56 pm

Kalu kita mengajar dan sebagai Guru B.Arab, kita mesti ckp arab. kita tak boleh malu. Mesti jadi gila-gila. Sepanjang pemantauan saya, didapati Guru B.Arab masih malu, takut dan tiada keyakinan diri sedangkan murid-murid tu hanya menunggu untuk mendapatkan mufradat tapi guru selalu x guna. Ketika saya mengajar dulu, saya suka menggunakan B.Arab dalam kelas biar pun murid x faham. Mula saja depa x faham, lama kelamaam dia fahamlah. Murid kena selalu dengar perkataan yang kita dok ulang, Insya Allah dia seronok dan dia akan mula bercakap.
Kembali Ke Atas Go down
jQAF.SKHosba

jQAF.SKHosba


Jumlah posting : 108
Lokasi : 06000 Jitra, Kedah
Registration date : 25.02.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Re: Jgn Malu Ckp Arab   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeTue 29 Jul 2008, 9:34 am

Nak kena perosah cakap arab jugak la kalau macam ni kan. Bagi ada suasana. Kadang-kadang tu kita semangat dah nak cakap arab 99.9% dalam kelas. Tapi bila tgk murid pakat nganga dan masa P&P pulak 2 waktu seminggu, risau pulak takut murid tak faham apa langsung. Silibus nak kena kejar jugak.

Ayuh kawan-kawan! Kita pakat berbahasa arab. Guru GPI dan Pendidikan Islam j-QAF pun boleh support berbahasa arab jugak kan. Boleh la support bahasa arab yang 2waktu ja seminggu tu Surprised
Kembali Ke Atas Go down
http://www.jqafskh.blogspot.com
akhimizi

akhimizi


Jumlah posting : 93
Age : 43
Lokasi : Pulau Langkawi
Registration date : 21.02.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Re: Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeTue 29 Jul 2008, 1:40 pm

sppim wrote:
Kalu kita mengajar dan sebagai Guru B.Arab, kita mesti ckp arab. kita tak boleh malu. Mesti jadi gila-gila. Sepanjang pemantauan saya, didapati Guru B.Arab masih malu, takut dan tiada keyakinan diri sedangkan murid-murid tu hanya menunggu untuk mendapatkan mufradat tapi guru selalu x guna. Ketika saya mengajar dulu, saya suka menggunakan B.Arab dalam kelas biar pun murid x faham. Mula saja depa x faham, lama kelamaam dia fahamlah. Murid kena selalu dengar perkataan yang kita dok ulang, Insya Allah dia seronok dan dia akan mula bercakap.


Salam,

ana memang kagum Very Happy dengan apa yg ustaz rushdan pernah buat. kalau la ni sebijik macam seorang guru ba di sk kedawang. Dia pun cakap 'ala tul biar murid faham ka dak ka. ana pun rasa nak cuba juga. dulu dah try dah tahun lepas macam mana tah tahun ni lupa lak.

bagi ana, ana ajar ikut minat budak dan kemampuan depa. dalam kelas yang no 1 dan 2 (kelas cerdik) ana guna kaledah yang hampir sama, contohnya kaedah tardid nutq mu'allim, tardid qiraah muallim, qiraah nas jahriyah, qiraah fiawiyah, qiraah fardiah, hiwar, imlak, tamsil, syrah ma'anil mufradat bimuradifiha, dan kadang kala ilqa syair amam fasl dan ijra' kalam fiawi (ikut pada kandungan nak ajar).

tapi kalau kelas belakang no 3 dan no 4 ana lebihkan kepada qiraah jamaiyah, istima' qiraah mu'allim summa tardid, qiraah ta'bir bisti'anah muallim, kuiz dan al'ab lugawi. contohnya al'ab yang simple macam main tartibul arqam, tartib at-ta'bir, main duit (hahaha-time gaji baru masuk) dan kebanyakkannya ana akan guna cara ta'lim lughah bitoriqah ghina'.

Cara nyanyi ni berkesan juga.

Masih ingat lagi budak2 kelas 3T paling akhir (kelas last no 5 darjah 3) duk menyanyi2 apa yg ana ajar masa rehat dan nak balik. haha..teruja juga. selang minggu depan tak dengar dah...depa lupa kot.

ana memang tak reti nyanyi tapi ana reka juga la.. hahaha. sumbang pi la yang penting budak2 seronok ja.

So, macam2 teknik buleh guna cuma terpulang pd diri kita.

Mungkin teknik ustaz rushdan jauh lebih berkesan. ana akan cuba...yg tu pulak. InsyaAllah.
Kembali Ke Atas Go down
http://e-jazirah.bravehost.com
ibnatulkhair

ibnatulkhair


Jumlah posting : 1
Age : 42
Lokasi : Kulim
Registration date : 02.09.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: sng tp ssh...   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeThu 04 Sep 2008, 12:10 pm

Kita mmg rs sng bl nk bt prncangan, tp nk melaksanakannya ssh jgk.. apa2pn yg penting kita mst cuba stkt yg termampu.murid2 ni kdg ada time depa minat b.arab,ada time jgk depax minat.klu nk diimbas balik depa sukakn kelainan dlm pnyampaian pnp. tp asal suruh nyanyi ja seronok sgt2 bdk2 tu. kita la plk kna memerah otak pk kan lagu apa la lg nk reka n ciplak. Laughing Laughing
Kembali Ke Atas Go down
tice




Jumlah posting : 31
Registration date : 09.10.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Re: Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeThu 09 Oct 2008, 10:49 pm

nak kongsi juga pendapat kat sini...

macam kat skul tice,kami adakan program English On air setiap jumaat masa rehat..Memang hari Jumaat English Day..semua kena cakap English termasuk pentadbir n warga skul(broken pun x kisah)..Janji ada keminatan dan usaha untuk mempertingkatkan penguasaan...dan setiap Isnin emcee(pengawas skul) kena cakap English masa perhimpunan..

Pernah cadangkan kat j-QAF n GPI,nak laksanakan Arabic On Air pulak...mungkin dalam tahun depan ker or tahun berikutnya..Atau mula-mula cakap kat perhimpunan dulu...Penglibatan guru-guru j-QAF n GPI ...Pas tu libatkan murid...

Lani dah dapat banyak jugak buku cerita arabic dari j-QAF.boleh dah buat mini library...AEABIc..Ingat nak cadangkan macam program English..Extensive Reading(di luar P n P)..untuk tahun depan...Buat dalam buku nilam dan mudah-mudahan dapat tambah vocab budak-budak dalam arabic Insyaallah..Baru cadang tapi belum maklum pada j-QAF...

Elok jugak tice rasa masa P n P guna sepenuhnya arabic macam tice p kusus Asas Arabic Communication kat INTAN dulu..Meme mula-mula sepatah perkataan arabic pun tak tahu..dan lecturer pun cakap arabic 90%..Lama-lama terpaksa belajor jugak dengan kamus ditangan.Alhamdulillah...boleh ler faham sikit-sikit...
Kembali Ke Atas Go down
alfatoni

alfatoni


Jumlah posting : 59
Age : 43
Registration date : 06.06.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Re: Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeMon 03 Nov 2008, 10:56 pm

عجبت ! تكلمتم عن ممارسة اللغة العربية خارج الفصل لاسيما داخله ولكن هنا لا أرى أحدا كتب كتابته فى هذه اللغة... يا سلام
Kembali Ke Atas Go down
akhimizi

akhimizi


Jumlah posting : 93
Age : 43
Lokasi : Pulau Langkawi
Registration date : 21.02.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Re: Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeWed 19 Nov 2008, 9:32 am

الفطنى, لو نكتب ونتكلم باللغة العربية هل يمكن نتحدث بهذه الموضوع؟

وكيف للغير؟
Kembali Ke Atas Go down
http://e-jazirah.bravehost.com
tice




Jumlah posting : 31
Registration date : 09.10.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Re: Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeWed 19 Nov 2008, 12:05 pm

salams

maaf3..tice tak berapa faham apa yang ditulis oleh ustaz akhimizi dan ustazah alfatoni tu...In arabic kan?Tice nak mintak jasa baik ustaz akhimizi n ustazah alfatoni tolong translatekannyer ke dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris pun boleh...

Syukran jazillan ya ustaz n ustazah...Maafkan tice di atas kesulitan itu..
Kembali Ke Atas Go down
Admin
Admin



Jumlah posting : 59
Age : 46
Registration date : 16.02.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Re: Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeWed 19 Nov 2008, 7:22 pm

Waalaikumussalam...izinkan Admin menterjemahkan bagi pihak mereka berdua...

alfatoni:

ajaib sekali, kamu semua berbincang mengenai perbualan menggunakan bahasa arab di dalam bilik darjah, tak ketinggalan juga di luar bilik darjah. Tetapi saya tak melihat seorang pun yang menulis menggunakan bahasa arab di sini...

akhimizi:

alfatoni, sekiranya kita menulis dan bercakap menggunakan bahasa arab, mungkinkah kita berbincang mengenai tajuk ini? bagaimana pula dengan orang lain?
Kembali Ke Atas Go down
https://jqafkedah.forumid.net
tice




Jumlah posting : 31
Registration date : 09.10.08

Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Re: Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitimeThu 20 Nov 2008, 8:18 am

salams

syukran jazillan ya ustaz ADMIN di atas 'keperihatinan' ustaz untuk mentranslatekan kedua-dua ungkapan tersebut..Alhamdulillah..Semoga Allah senantiasa memberi jutaan RAHMATs pd ustaz..Insyaallah..

pendapat:

Elok juga(dialu-alukan) guru bahasa Arab yang memulakan 'conversation' dalam bahasa arab dikalangan mereka dan murid-murid.( use simple sentences) di luar waktu P n P.Contoh masa kat kantin ker or masa nak balik ker or di mana-mana jua terserempak.Dengan ini akan menjadikan contoh yang baik pada semua..warga sekolah (jabatan-jabatan lain eg.BM n BI)

Pameran ayat-ayat 3 versi (arabic-bm-bi) berjadual di sekitar sekolah adalah satu kaedah yang baik untuk menarik minat murid-murid dan guru-guru mempelajari bahasa al-Quran ni...(sedikit-sedikit lama-kama jadi bukit)

j-QAF juga ada membekalkan buku-buku cerita arabic kat schools kan?Rasanyer boleh dijadikan mini library arabic dah..Cerita-cerita nya tice tengok dan baca(walaupun merangkak-rangkak) meme menarik sekali...ada perkaitan dengan kehidupan seharian kita..Alhamdulillah..

Boleh buat macam program Bi(extensive reading) untuk menambahkan vocab..dan untuk memupuk keseronokan membaca tanpa paksaan..Kalau vocab dah ada banyak n luas,sure boleh apply masa nak berkomunikasi..Lepas tu boleh jer buat catatan bacaan kat buku khas macam buku NILAM....Lama-lama bile dah mahir mencatat boleh pulok buat aktiviti MENGARANG(pembinaan ayat mudah...n seterusnyer karangan pendek...dlll)

Apa-apa pun semua nyer kena bermula dari guru sendiri..Kalau guru-guru berinsiatif dan komitted dan berganding bahu insyaallah jutaan aktiviti boleh dilaksanakan dengan mudah..

Kamus-kamus arabic - bi- bm pun boleh diadakan untuk rujukan murid-murid..(dibeli guna wang peruntukan arabic)Alhamdulillah
Kembali Ke Atas Go down
Sponsored content





Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Empty
PostSubyek: Re: Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah   Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
Respon akhimizi....pasai cakap Arab di luar bilik darjah
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» macam mana nak bagi budak2 cakap arab di luar bilik darjah...
» masalah murid bukan islam di dalam bilik darjah
» KURSUS BAHASA ARAB UNTUK GURU BAHASA ARAB j-QAF
» respon KBS untuk KSetar.
» BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI j-QAF DI SEKOLAH: RELEVANKAH?

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah :: Anda Bertanya, Pen Pengarah Kanan j-QAF JPN Kedah Menjawab :: Permasalahan Mengenai Bahasa Arab j-QAF-
Navigasi: