salams ustazADMIN...
(menonton tv)
lani kita tengok kat tv boleh dikatakan setiap hari kecuali Jumaat n Sabtu n Ahad,ada ditayangkan cerita Dongeng dari seberang.Kanak-kanak memang suke tengok kuasa 'MAGIC' dalam cerita itu.Tak terkecuali kaum ibu dan bapa.(bukan semua)
(baca buku cerita)
lani kan ker ada 'English reading program' kat skul..Ada buku-buku fiksyen yang dibekalkan kat skul termasuk cerita fairy tales(dongeng).Murid-murid dikehendaki membaca dan membuat catatan dalam buku catatan yang disediakan(macam buku NILAM).
Persoalannya:
1. Bolehkah menonton cerita dongeng kat tv tu yang ada kuasa MAGIC?
Menonton tanpa mempercayainya adakah berdosa?
2. Bolehkan membaca cerita-cerita dongeng tanpa mempercayainya?
Ada pendapat mengatakan berdosa dan boleh mempengaruhi aqidah dan ada juga pendapat kata boleh dengan syarat tidak mempercayainya tapi sekadar suka-suka jer menonton.
3. Kalau meme tak boleh menonton nya apakah tindakan kita untuk
menghentikan TABIAT suka menonton cerita ini dikalangan murid-
murid kita?
Syukran jazillan ya ustazADMIN